22 November 2017

KAMBING BAKAR DISERBU DI HPPNK, MAEPS SERDANG

28 September 2017
Lokasi: MAEPS Serdang



Alhamdulillah syukur.


Ansal Ternak telah dipilih mewakili negeri Melaka dalam sajian popular Melaka yang diadakan di HPPNK, Maeps Serdang. Kami mempersembahkan kambing bakar sebagai menu popular kegilaan ramai masa kini. Setiap negeri mempersembahkan makanan popular masing-masing seperti udang sanggol Perlis, Kelapa leleh Kampar, Mee Udang Paroi dan banyak lagi yang sedap-sedap.


Ini adalah pengalaman pertama Ansal Ternak di event besar seperti HPPNK ini. Amat tidak sangka bahawa kambing bakar Ansal Ternak menjadi tumpuan di antara pelbagai gerai dikalangan pengunjung. 
Pengunjung sanggup beratur panjang menunggu mendapatkan kambing bakar. Barisan yang tidak putus-putus daripada pagi sehingga menjelang malam. Kami menghargai kesabaran anda menunggu. Kami memohon maaf pada pengunjung yang lama menunggu. 


Antara kupon yang digunakan oleh agensi bagi tujuan pembelian kambing bakar. Seharian mengambil masa mengira kupon-kupon ini. Agensi-agensi terlibat juga banyak menyokong kambing bakar Ansal Ternak. Terima kasih.

Dikesempatan ini, saya mewakili Ansal Ternak mengucapkan penghargaan terima kasih kepada pengunjung yang mengunjungi Kambing Bakar Ansal Ternak di HPPNK, Maeps 2017. Kami berjanji, jika diizinkan menyertai sajian popular empayar makanan di MAHA 2018, kami akan menambahbaikan servis penyediaan kami agar pengunjung tidak menunggu lama.

Untuk mendapatkan Kambing Bakar Ansal Ternak, kami menyediakan kambing perap frozen di mana ia boleh di masak hanya di dalam kuali / pemanggang ajaib/ oven / atau grill.

Hubungi Kak Chena 0126054421 untuk tempahan.



Share:  

0 komen:

Post a Comment