31 July 2018

BARU! SOS PERAP ANSAL TERNAK ~ 7 HERBA


Acapkali bila bertemu customer, Pasti bertanya, ada jual perapan saja.

Dan setiap kali itulah hanya perkataan maaf meniti bibir.

"Maaf puan, tiada"
"Maaf bang, tiada"

Tak sanggup lagi mengecewakan pelanggan yang bertanya. Dengan itu maka keluarlah produk terbaru kami yang dinamakan ANSAL SOS Perap & BBQ ~ 7 campuran Herba.





Ketahuilah disini terletak kesedapan yang penuh kelazatan Kambing Golek Ansal Ternak yang menjadi bualan ramai orang. Ia bukan perapan biasa yang hanya menggunakan Sos BBQ dan Sos Lada Hitam.

Tolong! Tolong! Jangan samakan kami dengan mereka. Sos Perap kami sangat eksklusif. Campuran 7 herba membangkitkan rasa Western pada kambing yang dibakar. Lebih istimewa dalam sos perapan ini, ada madu yang membuatkan kambing yang dibakar menjadi lengkap secukup rasa.

Sos Perap ini boleh digunakan untuk memerap daging kambing, lembu dan ayam. 

Tips nak lagi sedap: "Lagi lama diperap lagi terasa diserap didalam daging." 

1 botol sos perap yang likat ini boleh digunakan untuk memerap 1.5 kg daging. 

Puas hati!


Caranya, beli daging kambing (lamb shoulder) di kedai, balik rumah, basuh daging kambing tu dan toskan. Ambil daging tadi masukkan dalam mangkuk dan tuangkan sos ni ke dalam mangkuk dan gaulkan sekata. Perap semalaman untuk rasa yang lebih sedap. Perap dalam chiller.



Keesokkannya, ambil daging yang sudah diperap ini dan bakarkan atas arang. Confirm! mak mertua lalu dibelakang tak perasan, silap-silap mak mertua pun join sekaki.

Selain daripada bakar dengan arang, kambing ini boleh di masak dengan menggunakan pemanggang ajaib / kuali leper / oven. Ada juga customer kami masak dengan menggunakan air fryer / microwave / noxa. Canggih-canggih customer kami kan.

Advance!

Tengok gambar sebelah tu, beginilah rupa kambing di atas bara arang. Melihat saja sudah terkeliur belum lagi menjamahnya. Bau nya amat dahsyat. Kalau tak percaya, buat  dulu.


Untuk info mengenai sos perap ini, boleh menghubungi Sale Team kami:

Kuala Lumpur: Encik Syahmi - 012-389 4475
Shah Alam: Cik Yuslena - 012-868 8079
Puncak Alam: Pn. Salmizan - 019-252 4621
Kota Bharu: Encik Fakimi - 011-2100 7727
Kemaman: En Aduki - 012-800 1452
Melaka: RNR Jejantas Ayer Keroh Arah Utara (Kedai Fruiteller)
              Menara Taming Sari (Kedai Anakdara)
              Durian Tunggal - Hannah Halal Mart
              Alor Gajah - En Azahari - 012-628 8697


atau hubungi

Pn Ana 0126054421


05 March 2018

Produk Sejuk Beku Ansal Ternak

Kilang Ansal Ternak yang  beroperasi di Bandar Jasin Bestari mengeluarkan produk sejuk beku berasaskan daging iaitu daging kambing, daging lembu dan ayam. 

Kami telah memohon pensijilan MESTI dan sedang menunggu keputusan pensijilan MESTI daripada Kementerian Kesihatan Malaysia. 

Istimewanya produk sejuk beku Ansal Ternak adalah pada bahan perapannya. Bahan perap yang digunakan adalah hasil daripada beberapa proses R & D berulang kali sehingga kesemua pengurus berpuas hati akan rasanya yang MEWAH. Bahan utama dalam penghasilan bahan perap ini adalah MADU LEBAH dan BAWANG PUTIH

Bawang putih adalah sejenis sayuran yang mempunyai allicin yang memberi banyak manfaat antaranya berfungsi sebagai anti bakteria dan anti virus. Khasiat bawang putih meningkatkan kadar imun sistem badan dan banyak lagi.

Antara produk sejuk beku yang dibuat ialah:




i. Kambing Perap (beserta sos lada hitam)

   Menggunakan kambing (lamb shoulder) import daripada Australia yang bergred A dan semestinya mempunyai sijil HALAL daripada organisasi HALAL Australia yang diikhtiraf JAKIM Malaysia.

Saiz bungkusan: i. 300gm      ii. 1000gm



2. Ayam Perap
    Menggunakan paha ayam tanpa tulang. Ayam daripada pengeluar tempatan Malaysia.

Saiz bungkusan: i. 250gm      ii. 900gm




3. Daging Perap
    Menggunakan daging lembu import daripada Australia yang diikhtiraf HALAL oleh JAKIM Malaysia. 

Saiz bungkusan: i. 300gm      ii. 1000gm




4. Sate Kambing Perap (beserta sos lada hitam)20 cucuk

Berat 1 bungkusan sate kambing adalah 500gm dan ke atas.


Produk KAMBING PERAP adalah produk PALING LARIS di antara semua. Menghasilkan daging yang LEMBUT, TAK HAMIS  dan SANGAT SEDAP. Bak kata ramai yang telah merasakan kambing perap ini, rasanya PADUUUUUU.


Info lanjut, hubungi: www.wasap.my/60126054421