17 December 2017

Kilang Pembuatan Makanan Produk Sejuk Beku Ansal Ternak di Melaka

Syukur ke hadrat Illahi, atas kurniaanNYA yang mempermudahkan urusan perletakan signboard hari ini 17 Disember 2017 di KILANG PEMBUATAN MAKANAN PRODUK SEJUK BEKU ANSAL TERNAK Di Melaka.



Kilang pembuatan makanan produk sejuk beku ini terletak di Bandar Jasin Bestari iaitu berkedudukan di belakang Mydin Jasin. 

Segala proses pembuatan makanan produk sejuk beku seperti kambing perap, ayam perap, daging perap dan sate kambing di buat sepenuhnya di sini. 

Kilang ini diuruskan oleh seorang pengurus operasi yang telah mendapat pendedahan pengendalian makanan dan semua pekerja yang terlibat wajib mematuhi peraturan di dalam AKTA MAKANAN 1983.

Kilang ini dalam proses memohon sijil MESTI daripada KKM. 

Doakan kami berjaya :)




Share:  

0 komen:

Post a Comment