12 May 2022

15 January 2020

Kari Kambing Sedap Di Melaka

Wah! Melaka dah ada Kari Kambing Sedap ....

Kari Kambing Cikgu Anuar merupakan sebuah entiti dibawah jenama Ansal Ternak. Kari Kambing Cikgu Anuar baru beroperasi pada tahun 2019. Usia Kari Kambing Cikgu Anuar belum sampai setahun lagi. Tapi, kepakaran kami dalam menyediakan kari kambing sedap di Melaka telah mencecah 4 tahun. Kami bermula dengan katering akikah iaitu menyediakan lauk kari kambing di rumah pelanggan. 

Mendapat 'feedback' yang positif daripada customer sepanjang 4 tahun inilah, membuatkan kami yakin membuka sebuah restoran fokus kepada kari kambing khususnya.

Alhamdulillah sepanjang 2019 beroperasi, permintaan adalah sangat menggalakkan. Kedai Kari Kambing Cikgu Anuar bukan sahaja dikunjungi oleh orang Melayu malahan juga dikunjungi oleh pelbagai bangsa lain. Yang lebih menyeronokkan pelbagai lapisan umur juga menjamu selera disini.

Ya betul, kari kambing sangat sinonim dengan orang tua tapi kini tidak lagi. Semua orang boleh makan Kari Kambing Sedap di Melaka ini di Kari Kambing Cikgu Anuar.

Restoran Kari Kambing Cikgu Anuar terletak di Bandar Jasin Bestari iaitu berhampiran dengan Mydin Jasin. Jika anda daripada Bemban, anda akan berjumpa dahulu sebelum Mydin Jasin dengan Kari Kambing Cikgu Anuar iaitu sebelah kiri anda . Jika anda daripada pekan Jasin, anda akan bertemu simpang ke Mydin dahulu then baru jumpa Kari Kambing Cikgu Anuar di sebelah kanan anda.

Restoran Kari Kambing Cikgu Anuar menyediakan pelbagai  menu yang menarik. Paling laris adalah Nasi Arab Talam KOMBO

Apa yang BEST dengan NASi Arab Talam KOMBO ni?


Dalam 1 talam ini, anda boleh menikmati 3 menu utama kami iaitu kari kambing sedap di Melaka, kambing bakar paling sedap di Melaka dan Ayam Mandy yang ohsem. 1 talam ini boleh dimakan oleh 4 ke 5 orang. Paling COOL bila setiap talam diberi PERCUMA 1 jug air minuman. COOL kan?

Banyak lagi menu lain untuk single pax antaranya nasi arab kari kambing / kambing bakar / ayam mandy, nasi puti kari kambing / kambing bakar / ayam mandy, roti arab kari kambing, roti canai kari kambing melaka, mee/mihun sup berempah dan nasi lemak untuk mereka yang berhajat hendak sarapan di sini. 

Waktu operasi kami adalah seperti berikut:
Isnin - CUTI
Selasa  - 10.00 pagi sehingga 5.00 petang
Rabu hingga Ahad - 8.30 pagi hingga 5 petang.

Lokasi Kari Kambing Cikgu Anuar adalah:
JC3026, Jalan BJB 3/2, Bandar Jasin Bestari, 77200 Bemban, Melaka
atau anda boleh waze / maps : Kari Kambing Cikgu Anuar 


Majlis Persaraan En Minhat, Staff Mardi, Melaka




Majlis Meraikan Usahawan My Best Buy, FAMA Melaka
REUNION Alumni Sekolah Menengah Teknik, Bukit Piatu Melaka.

Staff TNB Jasin.

Coach Shahila Hakim juga dah sampai sini




*Untuk info, hubungi En Azwari di 012-330 0041