14 December 2017

KATERING KAHWIN KAMBING BAKAR SEDAP DAN MURAH

200 kilogram Kambing Bakar SOLD OUT dalam masa 2 jam.

Itulah penangan kambing bakar di sebuah Majlis Perkahwinan. 


Dari jauh tetamu sudah ter'bau' harum semerbak kambing bakar di awan lalu.

Tetamu beratur mencedok nasi minyak dan lauk pauk. Wah! ada kambing bakar lah kat sini. Jap lagi datang kita ambil sepinggan. Ha tu dia. Sepinggan kongsi ramai-ramai lah.

Meriah kan, kambing bakar dalam pinggan dikongsi bersama keluarga. Suweet gitu.  




Di majlis tersebut, pihak keluarga menyediakan 200 kilogram kambing untuk di jamu pada tetamu.

Persiapan membakar kambing dimulakan seawal subuh supaya kambing bakar sudah tersedia pabila tetamu sampai. Seramai 10 crews ditugaskan membakar 200 kilo kambing dan memastikan kambing bakar tidak putus di meja hidangan makanan.

Kambing bakar diletakkan di dalam tray di atas meja hidangan, setiap 10 minit kambing bakar perlu di top up. Asal letak saja habis, Asal habis je letak yang baru. Gitulah sepanjang 2 jam majlis.

Paling best adalah di meja makan beradap. Seperti biasa makanan beradap daripada katerer telah terhidang di atas meja dengan siakap suweeet sour, udang pacak nenas, ayam bakar bogel dan bakul tembikai yang kiut sangat tapiiiiiiii kami tambah lagi dengan hidangan memukau iaitu  kambing bakar ansal ternak yang super sedap ni untuk meja beradap. Tau tak apa jadi dengan meja beradap?

Lauk katerer dicuit-cuit saja. Mengapa ya kalau makan beradap, itulah lauk yang disajikan. Cubalah tukar dengan kambing bakar ke, meatball grill ke, steak ke, mesti lagi GEMPAQ gitu. Al-kisah kambing bakar licin di meja beradap. Terpancar kepuasan di muka pengantin.

 Pengantin pun senang hati dapat makan kambing bakar sedap. 




Inilah wajah-wajah kru kambing bakar yang bertungkus lumus menyiapkan hidangan kambing bakar untuk para tetamu. Uols memang SADO & Ohsem!. Terima kasih!



***Jika anda juga berminat untuk menjamu tetamu anda dengan kambing bakar Ansal Ternak, dapatkan info lanjut daripada kami dengan menghubungi En. Azwari 012-3300041

Share:  

1 comment:

  1. How to make money from betting on football - Work Tomake Money
    If you're having problems finding poormansguidetocasinogambling a 바카라 사이트 winning https://tricktactoe.com/ bet online for the day of your choosing, then there are plenty ventureberg.com/ of opportunities available right หาเงินออนไลน์ here.

    ReplyDelete