18 June 2009

Selamat Datang ke Ansal Ternak Enterprise

Assalamualaikum dan salam sejahtera pada semua pengunjung blog Ansal Ternak Ent

Moga semua sihat sejahtera hendaknya

Secara ringkasnya, Ansal Ternak Ent telah ditubuhkan dan diusahakan sejak tahun 2005.  Dengan keluasan tanah 5 ekar, 2 buah kandang lembu fidlot, sebuah kandang kambing,sebuah kolam ternakan ikan air tawar, 3 ekar bagi tanaman rumput makanan lembu dan tanaman seperti kelapa sawit, nenas dan lain-lain.  Ansal Ternak Ent menggunakan sistem pembuangan lagun di mana 4 lagun disediakan bagi proses penyulingan sisa najis yang dikumpulkan dan diudarakan. Sisa buangan yang telah kering akan digunakan semula sebagai baja kepada tanaman-tanaman.

Di samping itu, sebuah stor turut didirikan sebagai tempat penyimpanan makanan lembu dan peralatan-peralatan kandang. Tempat penyembelihan lembu juga telah dibesarkan bagi kerja-kerja penyembelihan dijalankan. Sebuah pejabat pentadbiran Ansal Ternak Ent dan sebuah rumah pekerja yang dilengkapi kemudahan asas turut disediakan bagi memudahkan dan melancarkan kerja-kerja seharian di Ansal Ternak Ent. Bagi penyiraman tanaman, kami menyediakan sistem sprinkler dengan menggunakan sumber air Sg. Jus yang telah diempang (Hanya empangan kecil didalam kawasan Ansal Ternak Ent).


Terkini, Ansal Ternak Ent menambah produk perniagaannya dengan mengusahakan baja organik (buatan sendiri) dan mendapat sambutan yang amat mengalakkan daripada para pembeli.

Jika anda berminat, sila hantarkan email kepada ansalternak@gmail.com

Terima kasih dan jumpa lagi..
Share:  

0 komen:

Post a Comment