05 March 2018

Produk Sejuk Beku Ansal Ternak

Kilang Ansal Ternak yang  beroperasi di Bandar Jasin Bestari mengeluarkan produk sejuk beku berasaskan daging iaitu daging kambing, daging lembu dan ayam. 

Kami telah memohon pensijilan MESTI dan sedang menunggu keputusan pensijilan MESTI daripada Kementerian Kesihatan Malaysia. 

Istimewanya produk sejuk beku Ansal Ternak adalah pada bahan perapannya. Bahan perap yang digunakan adalah hasil daripada beberapa proses R & D berulang kali sehingga kesemua pengurus berpuas hati akan rasanya yang MEWAH. Bahan utama dalam penghasilan bahan perap ini adalah MADU LEBAH dan BAWANG PUTIH

Bawang putih adalah sejenis sayuran yang mempunyai allicin yang memberi banyak manfaat antaranya berfungsi sebagai anti bakteria dan anti virus. Khasiat bawang putih meningkatkan kadar imun sistem badan dan banyak lagi.

Antara produk sejuk beku yang dibuat ialah:




i. Kambing Perap (beserta sos lada hitam)

   Menggunakan kambing (lamb shoulder) import daripada Australia yang bergred A dan semestinya mempunyai sijil HALAL daripada organisasi HALAL Australia yang diikhtiraf JAKIM Malaysia.

Saiz bungkusan: i. 300gm      ii. 1000gm



2. Ayam Perap
    Menggunakan paha ayam tanpa tulang. Ayam daripada pengeluar tempatan Malaysia.

Saiz bungkusan: i. 250gm      ii. 900gm




3. Daging Perap
    Menggunakan daging lembu import daripada Australia yang diikhtiraf HALAL oleh JAKIM Malaysia. 

Saiz bungkusan: i. 300gm      ii. 1000gm




4. Sate Kambing Perap (beserta sos lada hitam)20 cucuk

Berat 1 bungkusan sate kambing adalah 500gm dan ke atas.


Produk KAMBING PERAP adalah produk PALING LARIS di antara semua. Menghasilkan daging yang LEMBUT, TAK HAMIS  dan SANGAT SEDAP. Bak kata ramai yang telah merasakan kambing perap ini, rasanya PADUUUUUU.


Info lanjut, hubungi: www.wasap.my/60126054421

Share:  

0 komen:

Post a Comment