29 October 2010

Finally Ansalternak@blogspot kembali...

Assalamualaikum kepada semua pelawat2, rakan2 agro dan teman2..

Ansalternak@blogspot ingin memohon jutaan maaf kerana kami mengambil mase yg lame untuk kembali aktif mengupdate blog kami ini...Pelbagai ujian apabila menjadi usahawaniaga ini. Alhamdulillah, kami masih lagi bertahan berkat sokongan anda semua...

Sebagai awwalan, kami ingin introduce tunjang utama Ansal Ternak. Dimulakan dgn pemilik dan juga pengurus yg berpengalaman lagi berkaliber Tn Hj Anuar.


"Tuan Hj Anuar bin Jantan merupakan anak jati Melaka yang dilahir dan dibesarkan di Kampung Bukit Senggeh dan di Kampung Selandar. Mendapat pendidikan di Universiti Sains Malaysia dalam Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian Kesusasteraan. Telah bekhidmat sebagai guru selama 34 tahun dan bersara pada  5 Februari 2004. Beliau dinugerahkan sebagai Peladang Jaya pada tahun 1988 dan anugerah Usahawan Gemilang pada tahun 2005. Sebagai peneraju perniagaan ini, beliau telah mengikuti pelbagai kursus penternakan dan pembuatan baja yang telah dianjurkan oleh Jabatan Haiwan."
 Dibelakang Hj Anuar, berdiri teguh anaknya yang setia mendukung cita2 ayahnye untuk melihat kemajuan dan kesinambungan Ansal berterusan. Ansalternak@blogspot ingin memperkenalkan Pemilik dan juga penolong pengurus Ansal Ternak, En. Rizal bin Anuar..Sedikit bio ttg beliau..




“Mohamad Rizal bin Anuar merupakan anak sulung kepada pemilik Ansal Ternak Enterprise. Mendapat pendidikan dari Institut Kemahiran MARA, Jasin dalam jurusan jentera berat. Merangkap rakan kongsi sepenuh masa dan mengusahakan projek penternakan lembu dan kambing bersama-sama bapa beliau. Prinsip hidup beliau yang tidak mudah mengalah dan kasihnya pada haiwan pasti membuahkan hasil.”

Sama2la kite berdoa agar perusahaan yg diterajui dua beranak ini akan terus berkembang maju dan mencapai sasaran objecktif syarikat sebelum berakhirnya tahun kewangan 2010.

Selamat Maju Jaya ANSAL TERNAK!

From,

Admin@ansalternak.blogspot.com